Friday, June 25, 2010

retro - fitnah dalam christianity - jesus (christ?)



siar semula artikel ksz:  Mengingatkan kembali bencana "fitnah".

Manisfestasi wajah

Nabi Isa tidak dilahirkan dengan jolokan nama Christ, baginda dilahirkan dengan nama יהשוה (dalam Aramaic) atau Yeshua atau Yishua atau Jehoshua atau juga disebut Isa dalam sebutan Arab, disebut Jesus dalam sebutan Inggeris. Nama jolokan Christ pula diambil dari sebutan Greek iaitu Christos bermaksud penyelamat. Majoriti daripada kita sedia tahu perkara ini.

Berdasarkan sejarah agama Kristian, manifestasi wajah Jesus dibuat oleh dua individu iaitu Sister Marie of Saint Peter di Perancis pada 1840-an dan Saint Veronica Berenice yang dikatakan hidup semasa hayat Jesus. Dalam sumber lain pula, Sister Maria Pierina de Micheli di Milan Itali pada 1930-an juga dikatakan menjadi individu yang melakar wajah jesus bagi mengesahkan lakaran-lakaran sebelumnya selepas dikatakan mendapat visi yang sama. Semuanya wanita.

Menurut tradisi itu, pada 1843, Sister Marie dikatakan dibayangi wajah seorang lelaki yang mengatakan dirinya adalah Jesus. Marie kemudian dikatakan terus dibayangi wajah lelaki tersebut secara lengkap dan juga dikatakan mengalami visi mengadakan perbualan bersama Jesus dan ibunya Mary. Dalam visi itu, Mary dikatakan diperintah supaya melakar wajah Jesus dan menyebarkannya kepada orang ramai.

Dalam tradisi Kristian melalui kisah Saint Veronica pula, wanita ini dikatakan tinggal di Jerusalem semasa hayat Jesus dan menyaksikan Jesus menanggung kayu salib di belakang badannya sebelum dihukum salib. Veronica dikatakan sebagai saksi yang melihat peristiwa salib. Dalam peristiwa itu, Veronica memberi sapu tangannya kepada Jesus untuk mengelap peluh di dahi Jesus. Selepas Jesus menyerahkan semula kain sapu tangan itu kepada Veronica dan terus menanggung kayu salib, Veronica dikatakan tidak henti-henti dibayangi wajah jesus.  Juga dikatakan, wajah Jesus kemudian terlukis dengan sendirinya di atas kain sapu tangan tersebut dan disimpan Veronica sehingga sentimen kebencian kaum Yahudi terhadap Jesus semakin berkurangan.

Saint Veronica dengan sapu tangannya

Menerusi sumber Katolik, terdapat lebih 100 variasi wajah Jesus yang didakwa sebagai mendapat bayangan daripada ‘Holy Spirit’. Jumlah tersebut juga termasuk bayangan yang dibuat Sister Marie, Saint Veronica dan Sister Maria. Persoalannya, jika semua mengatakan mendapat bayangan daripada bantuan ‘Holy Spirit’, mengapa pula bayangan itu tidak sama. Atau mungkin individu-individu yang mendapat bayangan itu tiada kemahiran melukis? Mana satu wajah yang betul?



Setiap wajah Jesus yang digambarkan pasti mempunyai perbezaan, mana satu yang betul?





   
{tambahan: siapa yang melakar wajah jesus?}
bandingkan wajah diatas dengan wajah ini, 
ada persamaan?


lagi


dan lagi






Kita sebagai umat Islam pula sememangnya ditegah untuk melakar wajah para nabi, para sahabat, malaikat, syurga dan sebagainya bagi menjauhkan akidah Muslim daripada tersesat.

Menurut Gary Petty dalam artikelnya melalui majalah Popular Mechanics bertajuk ‘What Did Jesus Look Like?’ dijelaskan mengenai beberapa ciri yang terdapat pada wajah Jesus.

Kata Petty, di Amerika Utara, wajah Jesus digambarkan sebagai kurus, tinggi, berambut perang, berambut panjang, berkulit cerah, mata hitam. Tambah Petty lagi, wajah Jesus banyak dilakar ketika era Eropah klasik sebagai seorang yang tegap dan tinggi. Manakala di Afrika, Jesus digambarkan dengan penampilan yang tidak sama.

Petty turut memetik hasil tulisan Mike Fillon yang mengatakan, saintis British menggunakan kaedah yang sama dengan kaedah forensik polis dalam membantu ahli arkeologi Israel untuk menjejak dan mencipta semula wajah Jesus melalui peninggalan sejarah yang ditemui.

Melalui kaedah forensik itu, berdasarkan penemuan tulang-tulang orang Yahudi di sekitar Jerusalem, mereka menyimpulkan bahawa seseorang lelaki Yahudi mempunyai purata ketinggian 5 kaki 1 inci, dan Jesus juga mungkin mempunyai ketinggian yang hampir sama manakala purata berat badan pula sekitar 50 kilogram (110 pound).

Petty juga menyangkal tanggapan mengenai rambut Jesus yang dikatakan panjang. Imej berambut panjang adalah tidak secocok dengan penemuan ahli forensik sejarah. Imej berambut panjang adalah tidak sesuai dengan budaya dan kepercayaan Yahudi pada masa itu seperti disebutkan dalam Kitab Bible Corinthians 11:14 versi Revised King James yang menyebut “…it is a shame for a man to have long hair..”.

Dalam versi New American Bible pula disebut “Does not nature itself teach you that if a man wears his hair long it is a disgrace to him” juga dalam Corinthians 11:14.

Dalam Corinthians 11:14 versi King James pula menyebut: “Every man praying or prophesyinghaving his head covered, dishonoureth his head.

(Selalu ada orang yang cuba menafikan dengan bertanya kepada saya, “dari Bible versi mana kamu ambil ayat itu? ayatnya berbeza dengan dalam Bible yang saya sedang pegang”. Saya tanya semula supaya mereka berfikir, “jika banyak versi..masih tulenkah ayat-ayat dalam Bible yang didakwa sebagai kata-kata Tuhan?” – Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah merahmati jasad dan rohnya)

Ulas Petty lagi, keterangan dalam Bible juga boleh mewakili budaya masyarakat Yahudi pada zaman Jesus, maka Jesus juga tidak berambut panjang kerana untuk menghormati budaya bagi memudahkan kerja dakwahnya. Jika Jesus berambut panjang, orang Yahudi akan memusuhinya dan dakwah Jesus akan terganggu. Maka. Jesus semestinya berambut pendek demi dakwahnya.

Ulasan Petty tidak berakhir di situ, beliau tetap mengaitkan rambut panjang Jesus supaya selari dengan gambaran perihal wajah Jesus yang ada pada hari ini. Petty menjelaskan, Jesus hanya berambut panjang sekali dalam hidupnya iaitu selepas mengadakan sumpah setia dengan pengikutnya melalui upacara meminum wine. Petty tetap mencari kontradiksi dengan mengaitkan meminum arak adalah salah di sisi perkara yang terkandung dalam sumpah setia itu.

Di sini, kita dapat melihat bahawa penjelasan yang diberikan adalah bersalahan sesama sendiri. Jesus tidak minum arak, tetapi mengapa pula Jesus mesti minum wine dalam melengkapkan upacara sumpah setia itu? Petty terus berusaha menafikan dengan mengatakan Jesus tidak pernah tertakluk kepada sumpah itu. Jadi, bagaimana pula dengan pengikutnya yang dikatakan turut meminum wine dalam upacara itu kerana mereka sememangnya tertakluk dengan sumpah itu?

Bagi kita sebagai umat Islam, para nabi adalah manusia yang taat kepada Allah maka arak atau minuman sejenis dengannya sentiasa dijauhi para nabi. Kita melihat kontradiksi ini melalui perspektif agama yang kita cintai iaitu Islam. Islam ada jawapannya. Dakwaan bahawa Jesus minum arak dan bentuk wajahnya adalah fitnah semata-mata. Ia mungkin sengaja diwujudkan bagi mewakili seorang manusia lain.

Berbalik kepada isu rambut Jesus yang dikatakan panjang, Petty memetik dalam Kitab Revelation 1 yang mengatakan rambut Jesus ‘putih seperti kapas’dan ‘mata bercahaya seperti api’. Masih tidak kukuh, dinyatakan dalam ayat itu ialah rambut putih, bukan panjang. Penanda aras melalui warna dan ukuran juga tidak pernah sama maksudnya.
--
Wajah Jesus yang digambarkan dalam kepercayaan Nasrani adalah sesuatu yang direka-reka, ia bagi membolehkan ingatan terhadap wajah itu melekat pada pemikiran, minda dan memori manusia. Apabila nanti ada seorang lelaki datang dengan wajah yang sama pada akhir waktu, manusia akan membuat tanggapan bahawa itulah Isa yang hadir sebagai penyelamat umat manusia. Imej berambut putih juga sangat secocok dengan imej Merlin. Lelaki yang sama. Ia satu perancangan fitnah yang teratur. Fitnah terhadap Isa, fitnah terhadap Allah, fitnah terhadap agama yang mentauhidkan Allah.

Bagi kita pula sebagai umat Islam, kita ditegah sama sekali untuk melakar wajah para nabi. {Malah melukis gambar makhluk bernyawa juga haram - disinilah rasionalnya kenapa Islam tidak membenarkan umatnya melukis atau menyimpan atau mempamirkan lukisan makhluk benyawa - tambahan}. Hanya al-Mahdi yang akan membantu kita mengenali siapa Nabi Isa yang sebenar ketika dunia akan ditamatkan segala episodnya.

Leonardo da Vinci
(1452-1519)

Sunday, June 6, 2010

Kagumi Ciptaan - Maha Suci Allah

Memori 2: Kagumi Ciptaan Ilahi

Lata Bukit Hijau kini menjadi tumpuan pengunjung yang meminati perkelahan di kawasan air terjun pinggir rimba raya. Semakin hari semakin maju dan telah sediakan pelbagai kemudahan termasuk chalet dan restoran.  Persekitarannya telah banyak berubah berbanding masa kali pertama aku sampai ke situ. Keasliannya sudah tiada lagi. Namun aku masih mahu ke sana setiap kali pulang ke desa asalku sambil mengimbau memori lama.

Lata Bukit Hijau berada dipinggir hutan tebal Banjara Gunung Inas yang disebelah utaranya memasuki kawasan Thai sementara diselatan bersambungan dengan Banjaran Titiwangsa. Sebelah timurnya menjangkaui pekan Baling hingga ke Grik (Perak). Lata ini terletak di sebelah baratnya.

Banjaran Gunung Inas amat menarik dan memukau.  Banjaran ini menjadi kawasan "hitam" satu masa dahulu semasa pengganas komunis berkeliaran dan muncul di sana sini.  Lata Bukit Hijau juga telah ditutup seketika semasa gawat untuk memudahkan operasi tentera. Dari kampungku terpampang jelas banjaran ini dan pernah melihat kapal terbang dan helikopter TUDM terbang rendah meninjau keadaan dan sesekali mengebom sasarannya. Jelas kelihatan dari jauh asap bekepul ke udara dari pengeboman tersebut.

Operasi tentera besar-besaran telah menghalau saki baki komunis dari situ dan memaksa mereka meninggalkan kem mereka dipinggiran kampung dan melarikan diri jauh kedalam hutan. Di kampungku banyak lori dan kenderan tentera keluar masuk menuju ke kawasan pinggir hutan rimba tersebut. Puaslah kami merasakan resen sadin dan kari ayam dalam tin, diberi percuma oleh askar (mereka kata telah jemu makan makanan dalam tin). Punyalah seronok orang kampung.

Dipesisir kampung biasanya berdekatan anak sungai dijadikan perkhemahan tentera dan polis hutan. Mereka meronda siang dan malam beserta senapang M16, kami merasa aman dengan kehadiran mereka. 

Orang kampung begitu mesra dengan kumpulan tentera yang berpakaian segak dan kemas itu. Kanak-kanak terjengah-jengah (lebih kurang tercangak-cangak - macam tak pernah jumpa).  Ada anak dara yang jadi bini no. dua kerana terpesona dengan kesegakan tentera dan polis hutan ini. Aku pun macam budak-budak lain juga, tercangak-cangak melihat tentera dan polis hutan berbaris menuju kawasan rimba. Berangan-angan pula, bila besar nanti nak jadi askar.

Rata-rata kanak-kanak di kampungku tidak pernah ke bandar atau pekan, ada yang belum pernah rasa naik kereta (dipanggil motokar). Jahil umpama jakun. Terpegun memasang telinga mendengar orang-orang luar ini berbual dan masing-masing kehairanan. Semua topik bualan tersebut tidak ada dalam minda mereka. Terlalu jauh perbezaan gaya hidup kami di kampung pendalaman itu berbanding para askar dan polis hutan yang berkem di situ. Pada masa itulah kami mula-mula mendengar orang bercakap cara "pekan" (dailek orang selatan) macam dalam radio. Jakun sungguh. Banyak juga yang kami tak faham (tapi buat-buat faham saja).

Sebelum kampungku dibanjiri askar dan polis hutan, kami hanya mendengar kisah komunis menjelma di sana sini. Kerap kali para penoreh getah balik balik semula ke rumah, tak jadi menoreh (motong) kerana telah tersempak dengan gerombolan komunis di ladangnya. Walaupun mereka (komunis) sering berlegar di pinggir hutan dan ladang getah milik orang kampung, mereka tidak pernah mengganggu para penduduk. Mengingati kejadian keganasan komunis era perang Jepun dulu, penduduk kampung amat takut dan cemas bila mengetahui komunis berkeliaran.

Pada ketika itu ada seorang tua yang agak berlainan pembawaannya (sering kelihatan menggalas senapang patah) telah bertindak menemui ketua komunis yang bekhemah berdekatan dan memberi tahu mereka supaya tidak mengganggu penduduk. Menghairankan juga dia pergi seorang diri.  Pernah diceritakan dialah yang paling berani di kampungku. Serius tetapi tidak pernah marah. Juga tidak pernah ketawa kecuali senyum sumbing. Kini dia masih lagi hidup sihat walaupun umurnya lebih tua dari ayahku. Bagiku, lelaki tua ini amat misteri. Tidak pernah aku dengar dia jatuh sakit. Sentiasa cergas dan mampu berkebun walau berusia 80an. Pendengaran masih jelas, tidak pernah memakai cermin mata.

Bagiku Pak Aman (bukan nama sebenar) amat baik dengan semua orang, tiada musuh. Sering mambantu apabila diminta termasuk "air tawar" jika ada yang sakit pening. Kebolehannya mengubat orang (dukun kecil) amat disanjung oleh orang kampung terutama bagi kes "masuk hantu" iaitu dirasuk jin/syaitan. Tidak diketahui dimana dia belajar mengubat orang, mungkin diturunkan dari warisan. Tidak pula aku dengar dia mengajar orang lain hal-hal yang menjadi kelebihannya itu. 

Tubuhnya tinggi lansing, tidak pernah gemuk. Begitulah keadaannya sejak dari dulu. Berwajah tenang dan mesra. Tidak pernah berbual kosong dan bercerita yang bukan-bukan. Dia tidak pula tergolong di kalangan orang "alim" di kampungku. Sayang sekali aku kini berada jauh diperantauan untuk mencungkil rahsianya. Terus ia menjadi misteri bagiku apabila aku ketahui hanya orang istimewa sahaja yang mempunyai pembawaan seperti dia.

Aku masih ingat ketika aku darjah 3 dan abangku darjah 5. Kami merayau didalam kampung sambil membawa lastik (kami panggil "terbil") untuk melastik burung kononnya. Seekor pun tak pernah dapat. Kami lima orang melalui kawasan kebun getah milik ayahku. Kelihatan 2 guni yang penuh dengan botol disusun kemas dan guninya diikat rapi. Disandarkan pada banir pohon getah kira-kira 25 kaki jarak dari laluan kami.
Tiba-tiba abangku menghalakan lastiknya kearah guni tersebut dan.... prangggg... beberapa kali tembakan ... pecah botol-botol tersebut. Aku tidak terasa hendak lakukan perbuatan abangku itu. Bila diingatkan kembali, aku juga menjadi hairan kenapa aku tidak ikut serta. Kebiasaannya apa sahaja yang abangku lakukan aku akan ikut.
Agaknya jika aku ikut serta, tentulah berlaku mala petaka..... 

Selang tak berapa minit, aku terasa cemas dan takut secara tiba-tiba. Begitu juga kawan-kawanku kecuali abangku.  Aku dan kawan-kawanku berundur untuk pulang ke rumah atas rasa cemas yang datang secara mendadak itu. Abangku masih sempat melepaskan beberapa "das" tembakan lastiknya ke arah guni yang berisi botol itu. Kemudian dia juga ikut serta bersama kami balik ke rumah tetapi terasa sangat berlainan pada wajah abangku. 

Setelah tiba di rumah abangku mendiamkan diri. Tidak bercakap dan menyendiri. Memang agak luar biasa bagiku.  Aku turun ke halaman seorang diri bila abangku tidak melayani sapaan dan pertanyaanku. Aku terdengar sesuatu yang ganjil dari atas rumah. Bunyinya seperti orang "meratib" tetapi bukan sepertimana yang aku pernah dengar sebelum ini.

Apabila aku amati betul-betul, aku pasti suara itu adalah suara abangku. Dia mengomel dalam bahasa "Tamil" tanpa henti. aku bergegas naik keatas rumah. Hanya ibuku sahaja ada dirumah ketika itu. Ibuku kelihatan amat panik dan meluru berlari ke rumah pak cu (adik ayahku) mengkhabarkan keadaan abangku yang pelik itu dan meminta pertolongan. Abangku seolah-olah telah gila dan hanya tahu bercakap tamil. Aku tidak berani menghampirinya hanya melihat dari jauh.  Abangku terus mengomel dalam bahasa yang tidak pernah dia ketahui sebelum itu. Kami panggil "cakap hindu".

Setelah satu jam berlalu, keadaan seperti itu masih berterusan, abangku berbicara tamil sambil sesekali menggeleng-gelengkan kepala seumpama gaya orang India bercakap. Ketika itu waktu asar telah berlalu.  Tiba-tiba ayahku bersama Pak Aman dan Pak Cu sampai dan terus meluru kepada abangku. Aku hanya memerhati sahaja, tidak berani mendekati. Anehnya abangku tidak memperdulikan kehadiran ayahku, Pak Aman dan Pak Cu. Dia masih asyik dengan ngomelannya. 

Apabila ditanya, dia hanya menjawab dalam bahasa tamil, seolah sudah tidak pandai bercakap Melayu. Pak Aman menyuruh aku mendapatkan daun sirih dan minta air sejuk (air perigi).  Aku segera mengambil beberapa helai daun sirih yang baik di kebun belakang dapur rumah dan menyerahkannya kepada Pak Aman. Ibuku membawa segelas air. Pak Aman membaca sesuatu dan kemudiannya mengunyah sirih perlahan-lahan sambil matanya tidak pernah lepas dari memandang abangku. Kelihatan wajah ayahku yang sedikit cemas. Takut juga, mana tahu tak menjadi pula jampi Pak Aman, ini kes pertama yang berlaku di kampungku.  Bimbang anak sulungnya akan terus jadi orang "hindu".

Hening seketika, tiba-tiba Pak Aman menghirup air dan menghembuskannya bersama-sama kunyahan sirih ke arah wajah abangku.  Mata abangku yang tadinya agak terbeliak, telah tertutup dan dan rebah (sebelum itu kelihatan gah gaya duduknya seumpama gaya duduk seorang sami. Badannya terkulai lemah. Pak Aman mengambil air dan menjampinya menyerah kepada ayahku untuk menyapu wajah dan ubun-ubun abang. Abangku perlahan-lahan membuka mata dan duduk mengadap ayah dengan penuh kehairanan.

Abangku memberitahu ayah bahawa dia tidak ingat apa-apa dan terus berdiam diri selepas itu seperti orang dungu.  Pak Aman memberitahu kepada ayahku bahawa abangku ada melakukan sesuatu kepada barang kepunyaan orang hindu (India). Ayahku menoleh kepadaku meminta penjelasan. Aku terpaksa mengkhianati abangku dengan memberitahu kepada ayah segala yang berlaku. Ayah hanya menggelengkan kepala, tetapi kelihatan pada wajahnya satu kelegaan. Ibuku juga amat bersyukur abang telah kembali normal.  Sejak itu aku tidak lagi melakukan kerja sia-sia "melastik burung" setelah di "syarah" panjang lebar oleh ayahku.

Begitulah satu kisah yang berlaku pada keluargaku dan sumbangan jasa orang tua misteri itu masih aku kenang. Kini aku faham mengapa aku tidak berminat mengikut perbuatan abangku itu. Kalau ianya berlaku, kami berdua akan bercakap "hindu" dan tiada siapa yang akan dapat menerangkan apa yang berlaku...  Maha Suci Allah mengatur setiap suatu walaupun sekecil ini.  Pengajaran yang cukup berguna, jangan berlaku zalim walaupun kepada kaum kafir. Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.

Banyak kelebihan Pak Aman jika hendak ku tulis. Selain pemburu harimau, beruang dan gajah, Pak aman juga sering membantu membunuh ular sawa, ular tedung besar termasuk yang amat garang (sedang melingkari telur) dan berbagai gangguan binatang merbahawa.  Kelihatan tiada rasa gentar atau takut pada wajah Pak Aman.

Nanti akan ku ceritakan beberapa peristiwa anih yang dialami oleh Pal Aman sendiri dan kawan-kawannya.

Berbalik kepada Lata Bukit Hijau yang juga penuh cerita yang tersembunyi. Pernah sekumpulan gajah mengganas dan merosakkan sebahagian dari gerai yang dibina di situ lantaran hanya cakap sombong seorang penguasaha gerai yang mengata-ngata tentang kejahatan gajah. Katanya apa nak ditakutkan, gajah tak pernah sampai ke situ.  Walaupun dinasihatkan oleh rakan-rakan beliau tak mengindahkannya.  Pada malamnya berlakulah peristiwa yang menakutkan itu, nasib baik tiada siapa yang tercedera.
Bagaimana gajah boleh tahu ada orang menghinanya ?????

Memang anih ciptaan Tuhan... Janganlah kita menyombong diri di atas muka bumi Allah ini...

petikan dari http://tunkuaisha.blogspot.com/2007/05/cuti-cuti-malaysia_28.html

Cuti-Cuti Malaysia




BUKIT HIJAU,KEDAH
Located about 112km south-east of Alor Setar, deep in the forest of Gunung Inas in the Baling district is Peranginan Bukit Hijau, a great retreat for the locals. Also known as Lata Bukit Hijau Recreational Forest, it is famed for its amazing seven-level cascading waterfalls that create seven pools of cool, crystal clear water.
Although picnickers come here during weekends and public holidays, its large camping ground with basic toilet facilities along the Sungai Mempelam (Mempelam River) is more than adequate for all. Activities available there include nature walks along the bridle path that leads to the forest reserve where one can see nature at its best.

Getting There
From KL, take the North South Expressway heading to Kulim. Located 42km from Kulim, you can drive to Bukit Hijau Park using the link road, looking out for signs directing you towards Taman Rekreasi Bukit Hijau. Optionally you can also take a taxi from Kuala Ketil town.
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan